Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Thursday 18 July 2013

Hakikat Sebenar Yakjuj Dan Makjuj. Rahsia Terbongkar!

RAHSIA YAKJUJ DAN MAKJUJ TERBONGKAR

Rahsia Yakjuj Dan Makjuj Terbongkar
Hakikat Sebenar Yakjuj dan Makjuj
Memang menarik apabila membaca tentang Yakjuj dan Makjuj. Kalau bahasa Inggeris disebut Gog & Magog.

Apa benda sebenarnya Yakjuj dan Makjuj ni? Ada yang mengatakan satu kaum atau bangsa. Ada juga menyatakan ianya adalah bangsa Yahudi Zionis.

Jadi, tugas kita adalah untuk mengenal siapa sebenarnya Ya’juj dan Ma’juj ini. Mereka adalah manusia biasa (bani Adam) daripada keturunan Yafeth bin Nuh a.s.

Sunday 7 July 2013

Dah Nak Posa, Jom Kita Ingat Balik Amalan Di Bulan Ramadhan

Kelebihan Amalan Di Bulan Ramadhan

sumber dari : http://doadanselawat.blogspot.com/

Bulan Ramadan mempunyai banyak kelebihan yang jika dihitung, maka ia akan menjadi senarai yang amat panjang. Antaranya adalah setiap amalan soleh dalam bulan ini digandakan pahalanya berlipat kali ganda. Bulan ini juga merupakan bulan di mana para Syaitan diikat oleh Allah s.w.t, pintu-pintu Syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup. Bulan ini juga merupakan bulan latihan untuk bersabar dan mengingatkan kita akan kesusahan mereka yang kekurangan makan dan minum. Ia juga bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan dalamnya, dan mempunyai satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Amat rugilah mereka yang tidak mengambil manfaat dari bulan ini.
Semoga Mendapat Pahala Yang Banyak Di bulan Ramadhan
Selamat Berpuasa

Apakah cara terbaik untuk saya menghayati bulan Ramadan dan menambah amalan di dalamnya?

Wednesday 5 June 2013

Tiba-Tiba Aku Dimarahi Oleh Isteriku

Ni bukan bini aku, bini aku lawa lagi.
Hari ni aku saja nak berkongsi cerita. Bukan apa supaya ianya menjadi teladan kepada kaum lelaki terutama kaum suami. Semua orang tahu lelaki ni biasanya pelupa. Bukan sengaja tapi memang terlupa.

Kaum perempuan pula kaum yang sentiasa ingat walaupun ianya perkara yang kecil atau remeh temeh. Remeh temeh bagi kaum lelaki tak semestinya remeh bagi kaum perempuan.

Pada 2 Jun 2013, aku memang terlupa yang ulangtahun perkahwinan aku adalah 3 Jun 2013. Isteriku pun dah banyak kali bagi hint, tapi aku memang tak ingat. Bukan buat-buat tak ingat, tapi memang tak ingat.

Apabila menjelang hari ulangtahun perkahawinan kami, isteriku mula lah berleter. Entah apa-apa yang dileterkanya. Ada aje yang tak kena. Apabila aku pulang dari kerja dia memanggil aku.

"Abah tak ingat ke hari ini ulangtahun perkahwinan kita?" Tanya isteriku.
"Alamak abah lupa lah yang" Jawab aku.
"Abah memang, selalu lupa ajer tarikh penting dalam hidup kita."Tarikh harijadi mama pun abah lupa. Dah lama mama tak dapat hadiah." bebel isteriku.

Tuesday 28 May 2013

Jika Anda Nak Rezeki Murah, Ada 2 Syarat!!!

"Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia" (QS Al-Hajj [22]:50)

Begitulah firman Allah Taala yang menjadi pemilik kekayaan langit dan bumi. Kalau nak minta kepada Allah, kita hendaklah mentaati segala perintahnya. Berdasarkan kepada ayat diatas syarat memperolehi rezeki yang mulia adalah :

1) Beriman
2) Beramal soleh.

Orang yang beriman tidak akan memperolehi rezeki jika dia tidak beramal soleh. Sebaliknya, orang soleh tidak memperolehi rezeki yang mulia jika tidak beriman. Rezeki yang mulia adalah rezeki yang membawa keberkatan. Rezeki yang membawa berkat akan membuatkan manusia akan berasa cukup.


Monday 27 May 2013

Doa Kamu Tidak DiMakbulkan Allah S.W.T Kerana Hati Kamu Telah Mati ...

http://airbarakah.blogspot.com

Doa Kamu Tidak DiMakbulkan Allah S.W.T Kerana Hati Kamu Telah Mati disebabkan oleh 10 perkara. Ramai yang mengeluh tentang rezeki, berdoa tapi masih belum dikabulkan. Ramai juga yang menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Padahal apa yang berlaku kepada kita adalah disebabkan oleh tindakan kita sendiri.

Doa tidak makbul bukan kerana orang lain, tapi kerana hati kita sendiri yang telah kotor dan mati disebabkan oleh 10 perkara berikut :

Wednesday 22 May 2013

Buat Taklim Di rumah Untuk Tarbiah Anak-Anak.

Kita hendaklah buat taklim dirumah dimana kita belajar dan mengajar. Antaranya kita boleh baca satu hadith selepas solat berjemaah, seperti selepasa solat maghrib sementara menunggu solat isyak. Pada taklim dirumah, kita juga boleh bermuzakarah serta bersoal jawab hal-hal agama dengan ahli keluarga kita.

Untuk mendapat kesan dan manafaat yang berterusan dari aktiviti taklim ini, kita hendaklah melakukan secara istiqamah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan. Kita boleh tetapkan selama 15 minit setiap taklim bersama suami atau isteri dan anak-anak supaya ianya akan memberi kesan kepada kita serta keluarga.

Majlis taklim ini hendaklah dijadikan amalan berterusan seperti jadual makan kita setiap hari. Jangan ambil ringan akan majlis taklim. Ini kerana dengan adanya majlis taklim ini akan melembutkan hati kita sekeluarga lebih-lebih lagi anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa dengan cabaran yang semakin hebat pada zaman sekarang.

Iannya akan menjadikan ilmu agama akan lebih mudah meresap dalam hati kita sekeluaga. Syaratnya kena istiqamah. Banyak kelebihan yang akan kita perolehi seperti :




Tuesday 14 May 2013

Jilat Nanah Suami Pun Belum Dianggap Penuhi Kewajipan Terhadap Suami ...

Tanggungjawab seorang isteri terhadap suami memang berat, tapi pahala nya besar.

Al-Hakim menceritakan bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi S.A.W, "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan".

Maka sabda Rasululullah S.A.W:

Monday 13 May 2013

Macamana Nak Bentuk Keyakinan Dengan Allah?

Nak yakin betul memang susah. Kita rasa kita dah yakin tapi sebenarnya belum 100% lagi ...ada beza dengan yakin dan percaya.

Kita pergi sarkas, tengok seorang ahli sarkas baling pisau kepada epal diatas kepala seorang pembantunya, kita percaya memang hebat orang yang baling tu.

Bila ahli sarkas panggil kita dan suruh letak epal atas kepala kita sebab dia nak baling, kita akan mula rasa ragu-ragu. Keyakinan mula hilang sebab takut. Begitulah lemahnya iman kita sebenarnya.

Macamana sebenarnya nak bina keyakinan yang tiada hadnya kepada Allah s.w.t?

Dengan berkata La ilaha illallah adalah satu cara untuk meningkatkan yakin dan semangat. Apabila kita dapat betulkan yakin saja maka Allah s.w.t akan kurnia syurga yang besarnya berkali ganda luas langit dan bumi. Segala yakin kepada benda dikeluarkan dan masukan yakin hanya kepada Allah s.w.t, bahawa benda-benda berada tersebut berada dibawah pengawasanya.

Cara memasukan yakin dalam hati :


Sunday 12 May 2013

Orang Perempuan Lah Yang Mula-Mula Syahid Kerana Allah...

Selain orang perempuan mati syahid kerana Allah, orang perempuan jugalah yang telah korbankan keseluruhan hartanya kerana Allah. Siapa lagi kalau bukan Siti Khadijah r.a. Seorang hartawan yang sabda Nabi :

"suatu ketika seluruh dunia kufur dan orang yang pertama memeluk Islam adalah Siti Khadijah r.a. Semua orang tidak menerima dakwah saya tetapi Siti Khadijah r.a terima dakwah saya".

Jibril a.s turun dan beritahu pada Nabi s.a.w, "berilah khabar gembira pada Siti Khadijah r.a didalam syurga Allah telah sediakan satu istana yang begitu mahal sekali.

Hebatnya orang perempuan ....


Thursday 2 May 2013

Siapa Kata Tak Nak Islam?? Memang Murtad lah jadinya!!

Dalam kancah politik negara kita Malaysia, ada dua parti yang sekarang terlalu dasyat kempen politik nya. UMNO dan PAS. UMNO dikatakan adalah parti sekular manakala PAS adalah dikatakan parti yang memperjuangkan Islam.

UMNO dikatakan parti sekular dan memperjuangkan nasionalisme sehingga ke hari ini masih unggul mempertahankan kedaulatan Islam baik dari segi infrastruktur dan pengembangan Islam. Dakwah- dakwah kepada gologangan Islam dan bukan Islam sangat aktif dijalankan dalam memegang amanah Rasulullah S.A.W supaya kita umat Islam tidak lupa asal tujuan matlamat kita dijadikan.

Parti PAS merupakan parti yang sejak dahulu dikenali sebagai parti yang memperjuangkan Islam sering  dengan nama parti itu sendiri iaitu parti islam semalaysia. Setelah pergabungan dibawah pakatan rakyat, perjuangan parti berubah dari perjuangan Islam kepada perjuangan untuk kebajikan.

Segala tohmahan -tohmahan yang di lemparkan




Sunday 28 April 2013

Dun Wakaf Mempelam Mungkin Berubah?

Sudah lebih 30 tahun DUN Wakaf Mempelam diterajui oleh Abdul Wahid Endut. Ianya bermula sejak tahun 1986 apabila Datuk Mustapha Ali menang dengan majoriti tipis. Kemudian ianya diambil oleh Abdul Wahid Endut yang telah menarajui Dun Wakaf Mempelam sampai sekarang.

Pada tahun 2013, Abdul Wahid Endut bertanding lagi dan akan bertemu calon baru BN iaitu Wan Mahyudin Wan Ngah. Kalau mengikut sejarah , ia adalah merupakan pertembungan calon, iaitu calon yang disenangi rakyat.

Walaupun Wan Mahyudin Wan Ngah adalah calon baru, tetapi beliau merupakan seorang yang aktif turun padang dan berjumpa para pengundi di DUN Wakaf Mempelam. Beliau merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang tenang dan lembut dari segi percakapan.



Tidak dinafikan walaupun masih baru, tetapi beliau sudah mula menjadi perbualan orang ramai disebabkan keramahan beliau. Oleh itu beliau mungkin boleh menjadi pencabar terkuat pada Abdul Wahid Endut.

UNDI PAS HARAM? UNDI UMNO HARAM?



Undi Pas Haram? Undi Umno Haram?

Kempen pilihanraya semakin hangat.  Kepala pening untuk menilai siapa yang akan dipilih. Siapa calon yang menjadi pilihan. Ada yang memang kepala keras parti kerajaan dan ada juga kepala keras parti pembangkang.

Masing-masing mempertahankan perjuangan masing-masing. Sesuatu yang patut dihindari sekarang adalah peperangan antara dua parti Islam terbesar.

Parti Umno dan Parti Pas. Peperangan yang patut dielakan.  Persoalan timbul, kenapa perbalahan ini terus berlaku tanpa ada sedikit pun usaha kearah pendamaian? Mengapa sesama Islam berbalah.? 

Umpama hati telah parah tiada lagi maaf dan belah ehsan pada mu!

Wednesday 17 April 2013

Allah Maha Pemberi ...

Saya terbaca kisah yang diceritakan oleh Ustaz Yusuf Mansur,

Ada seorang isteri menceritakan tentang kawan suaminya ingin meminjam sejumlah wang dari suaminya. Ketika itu kawan suaminya berada dalam kesusahan. Orang tuanya terlibat dalam musibah gempa bumi, sementara kawan suami pula terikat dengan hutang kada kredit. Melihat keadaan itu si isteri tanpa berfikir panjang terus meminjamkan wang tanpa berfikir bila wang itu akan dikembalikan. Dalam hati si suami dan isteri berkata "berhati - hati membantu kawan".

Dengan kuasa Allah keatas keikhlasan si isteri


Saturday 13 April 2013

Suruh anak hafaz al-quran, konpom tak perlu hantar tuition lagi

Memang konpom, terjadi pada anak saya sendiri, saya memang tiap-tiap malam akan suruh anak saya yang berumur 9 tahun dan 7 tahun hafaz surah.

Ianya telah bermula sejak umur 6 tahun lagi. Saya juga tak pernah melihat buku sekolah nya atau hantar anak saya tuition.

Alhamdulillah memang menakjubkan, dia hanya menyerap ilmu akademik masa dalam kelas saja. Hasilnya peperiksaan sangat cemerlang.


Thursday 11 April 2013

Anak Soleh Idaman Ibu Bapa

Semua ibu bapa inginkan anak-anak yang soleh dan solehah. Tapi tahu kah kita untuk mendapat anak yang soleh ibu bapa sebenarnya kena bekerja keras. Bukan main ajar suka-suka ajer.

Anak akan jadi soleh dan solehah apabila ibu bapa terlibat sama. Kalau nak jadi kan anak kita tahfidz, kita juga kena tunjuk contoh yang kita suka menghafaz Al-Quran.

Saya pernah pergi ke satu pondok, saya sebenarnya nak hantar saya belajar di pondok. Kata Ustaz "Dah penuh, tahun depan pun tak tahu lagi. Encik selalu datang lah sini ikut belajar seminggu sekali. Nak hantar anak belajar agama kena diiringi ibu bapa sekali."

Betul jugak kat Ustaz.