Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Sunday 12 May 2013

Orang Perempuan Lah Yang Mula-Mula Syahid Kerana Allah...

Selain orang perempuan mati syahid kerana Allah, orang perempuan jugalah yang telah korbankan keseluruhan hartanya kerana Allah. Siapa lagi kalau bukan Siti Khadijah r.a. Seorang hartawan yang sabda Nabi :

"suatu ketika seluruh dunia kufur dan orang yang pertama memeluk Islam adalah Siti Khadijah r.a. Semua orang tidak menerima dakwah saya tetapi Siti Khadijah r.a terima dakwah saya".

Jibril a.s turun dan beritahu pada Nabi s.a.w, "berilah khabar gembira pada Siti Khadijah r.a didalam syurga Allah telah sediakan satu istana yang begitu mahal sekali.

Hebatnya orang perempuan ....



Yang pertama mati syahid adalah Sumaiah r.a. Sehingga hari kiamat orang yang syahid kerana Allah semua pahala syahid akan diberi kepada Sumaiah r.a. Ramai dikalangan sahabat besar Nabi mendapat hidayat asba dari sahabiah. Saidina Omar r.a mendapat hidayah asbab adik perempuanya. Saidina Othmana r.a mendapat hidayah melalui emak saudaranya. Akramah r.a mendapat hidayat melalui isterinya.

Oleh itu kelebihan yang diberi oleh Allah kepada kaum perempuan amat besar, seperti sabda Nabi

"Perkara dunia yang paling aku sukai adalah wanita solehah"

Allahuallam.


No comments:

Post a Comment