Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Tuesday 28 May 2013

Jika Anda Nak Rezeki Murah, Ada 2 Syarat!!!

"Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia" (QS Al-Hajj [22]:50)

Begitulah firman Allah Taala yang menjadi pemilik kekayaan langit dan bumi. Kalau nak minta kepada Allah, kita hendaklah mentaati segala perintahnya. Berdasarkan kepada ayat diatas syarat memperolehi rezeki yang mulia adalah :

1) Beriman
2) Beramal soleh.

Orang yang beriman tidak akan memperolehi rezeki jika dia tidak beramal soleh. Sebaliknya, orang soleh tidak memperolehi rezeki yang mulia jika tidak beriman. Rezeki yang mulia adalah rezeki yang membawa keberkatan. Rezeki yang membawa berkat akan membuatkan manusia akan berasa cukup.


 Sedangkan rezeki yang tidak membawa keberkatan akan menimbulkan sifat serakah dan selalu merasa tidak cukup.

Ciri - ciri orang beriman pula ada disebut dalam surah Al-Anfal ayat 2-3 :

" Sesungguhnya, orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Nya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, (iaitu) orang yang mendirikian solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka."
(QS Al-Anfal [8]:2-3)

Nah, dalam ayat 2 menyatakan ada 3 ciri-ciri orang beriman :

1) Jika disebut nama Allah, bergetarlah hati mereka.
2) Jika dibacakan Al-Quran, imanya bertambah
3) Selalu bertawakal.

Manakala ayat 3, iaitu solat dan sedekah. Ini bermakna untuk menjadi orang beriman perlu ada 5 ciri-ciri yang disebut diatas.

Persoalan yang timbul, adakah kita menepati ciri-ciri tersebut. Adakah hati kita bergetar apabila disebutkan nama Allah? Adakah apabila dibaca Al-Quran, keimanan kita bertambah? Adakah kita selalu bertawakal? Adakah kita solat dan melakukan sedekah?

Hanya Allah dan anda yang mengetahui tentang diri anda sendiri. Menepati ciri diatas masih belum cukup untuk anda memperolehi rezeki dari Allah Taala. Seperti yang disebut dalam surah diatas syarat kedua adalah beramal soleh.

Manakala ciri-ciri orang yang beramal soleh pula ada disebut dalam surah dibawah :

"Mereka yang berimana kepada Allah dan hari penghabisan. Mereka menyuruh kepada yang makrif dan mencegah dari yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang-orang yang soleh." (QS Ali Imran [3]:114)

Dari huraian diatas, semoga kita mendapat kefahaman dalam menambahkan rezeki, kita harus menjadi orang yang beriman sekaligus beramal soleh, INSYAALLAH.

****Jangan lupa untuk dapatkan rahsia rezeki dibawah untuk mengetahui rahsia-rahsia murah rezeki  serta amalan yang perlu dilakukan dalam memperolehi rezeki yang berkat untuk keluarga. ******



No comments:

Post a Comment