Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Wednesday 22 May 2013

Buat Taklim Di rumah Untuk Tarbiah Anak-Anak.

Kita hendaklah buat taklim dirumah dimana kita belajar dan mengajar. Antaranya kita boleh baca satu hadith selepas solat berjemaah, seperti selepasa solat maghrib sementara menunggu solat isyak. Pada taklim dirumah, kita juga boleh bermuzakarah serta bersoal jawab hal-hal agama dengan ahli keluarga kita.

Untuk mendapat kesan dan manafaat yang berterusan dari aktiviti taklim ini, kita hendaklah melakukan secara istiqamah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan. Kita boleh tetapkan selama 15 minit setiap taklim bersama suami atau isteri dan anak-anak supaya ianya akan memberi kesan kepada kita serta keluarga.

Majlis taklim ini hendaklah dijadikan amalan berterusan seperti jadual makan kita setiap hari. Jangan ambil ringan akan majlis taklim. Ini kerana dengan adanya majlis taklim ini akan melembutkan hati kita sekeluarga lebih-lebih lagi anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa dengan cabaran yang semakin hebat pada zaman sekarang.

Iannya akan menjadikan ilmu agama akan lebih mudah meresap dalam hati kita sekeluaga. Syaratnya kena istiqamah. Banyak kelebihan yang akan kita perolehi seperti :





  • Rumah kita akan bercahaya seperti bintang-bintang
  • Syaitan akan lari keluar
  • Malaikat akan masuk kerumah kita.
  • Akan menjadi sumber hidayat pada jiran - jiran kita.
Allah S.W.T akan menurunkan rahmat, keberkatan, ketenangan jiwa dan ketenteraman didalam rumah tangga kita. Insyaallah.

Semoga kita menjadi seorang muslim yang sejati ....

P.S Jangan lupa untuk dapatkan :

No comments:

Post a Comment