Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Sunday 28 April 2013

Dun Wakaf Mempelam Mungkin Berubah?

Sudah lebih 30 tahun DUN Wakaf Mempelam diterajui oleh Abdul Wahid Endut. Ianya bermula sejak tahun 1986 apabila Datuk Mustapha Ali menang dengan majoriti tipis. Kemudian ianya diambil oleh Abdul Wahid Endut yang telah menarajui Dun Wakaf Mempelam sampai sekarang.

Pada tahun 2013, Abdul Wahid Endut bertanding lagi dan akan bertemu calon baru BN iaitu Wan Mahyudin Wan Ngah. Kalau mengikut sejarah , ia adalah merupakan pertembungan calon, iaitu calon yang disenangi rakyat.

Walaupun Wan Mahyudin Wan Ngah adalah calon baru, tetapi beliau merupakan seorang yang aktif turun padang dan berjumpa para pengundi di DUN Wakaf Mempelam. Beliau merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang tenang dan lembut dari segi percakapan.



Tidak dinafikan walaupun masih baru, tetapi beliau sudah mula menjadi perbualan orang ramai disebabkan keramahan beliau. Oleh itu beliau mungkin boleh menjadi pencabar terkuat pada Abdul Wahid Endut.



Wan Mahyudin juga boleh dikatakan amat popular dikalangan para penduduk setempat Dun Wakaf Mempelam. Oleh itu keupayaan beliau untuk mencabar Abdul Wahid Endut tidak boleh dipandang rendah.

Walau bagaimanapun terserah kepada para pengundi di Dun Wakaf Mempelam. Hanya yang boleh menentukan serta tahu apa yang perlu dilakukan.

Semoga semua perjuangan yang disertai dengan niat yang ikhlas dan hanya kerana Allah Taala akan memperolehi kemenangan.

No comments:

Post a Comment