Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Thursday 2 May 2013

Siapa Kata Tak Nak Islam?? Memang Murtad lah jadinya!!

Dalam kancah politik negara kita Malaysia, ada dua parti yang sekarang terlalu dasyat kempen politik nya. UMNO dan PAS. UMNO dikatakan adalah parti sekular manakala PAS adalah dikatakan parti yang memperjuangkan Islam.

UMNO dikatakan parti sekular dan memperjuangkan nasionalisme sehingga ke hari ini masih unggul mempertahankan kedaulatan Islam baik dari segi infrastruktur dan pengembangan Islam. Dakwah- dakwah kepada gologangan Islam dan bukan Islam sangat aktif dijalankan dalam memegang amanah Rasulullah S.A.W supaya kita umat Islam tidak lupa asal tujuan matlamat kita dijadikan.

Parti PAS merupakan parti yang sejak dahulu dikenali sebagai parti yang memperjuangkan Islam sering  dengan nama parti itu sendiri iaitu parti islam semalaysia. Setelah pergabungan dibawah pakatan rakyat, perjuangan parti berubah dari perjuangan Islam kepada perjuangan untuk kebajikan.

Segala tohmahan -tohmahan yang di lemparkan





 kepada parti UMNO yang merupakan saudara seagama mereka kini berkubur dengan alasan demi maslahah agama. Segala kata-kata dan tuduhan yang berkumandang sejak dahulu kepada UMNO telah Allah balikan kepada mereka. Parti PAS sekarang bergabung dengan parti laknat DAP.

Tiada apa beza lagi antara PAS dan UMNO.  Yang berbeza adalah UMNO masih lagi utuh mempertahankan Islam manakala PAS sudah luntur dalam mempertahankan Islam. Hanya perjuangan  ingin menang dalam pilihanraya.

Dalam parti pakatan rakyat mereka masih lagi bertanding menggunakan 3 logo berbeza dan mempunyai dasar yang berbeza serta tidak mempunyai ketua secara rasmi. Hanya pakatan semata -mata.

Oleh itu jika pakatan rakyat menang maka keputusan untuk menjadikan dasar atau agenda mereka menjadi kenyataan amat sukar. Sudah pasti laungan  -laungan PAS untuk menjadikan hudud sebagai undang - undang rasmi akan melalui jalan sukar.

Apabila ditanya kepada ulamak terkenal Yusof Al Qaradawi tentang dua parti Islam yang satu mempunyai dasar memperjuangkan Islam dan satu parti lagi memperjuangkan nasionalisme, yang perlu di sokong.

Jawapanya ialah parti yang dasarnya memperjuangkan Islam.

Apabila dasar parti yang dulu memperjuangkan Islam telah berubah memperjuangkan kebajikan maka tanggungjawab umat Islam untuk menyokong parti itu tidak relevan lagi.

Sifat keyakinan terhadap Allah Taala sudah tiada lagi, tidak yakin janji Allah yang barangsiapa memperjuangkan agama Islam akan mendapat pertolongan Allah Taala.

Hakikatnya perjuangan Islam masih lagi diteruskan oleh Parti Umno!






No comments:

Post a Comment