Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Monday 13 May 2013

Macamana Nak Bentuk Keyakinan Dengan Allah?

Nak yakin betul memang susah. Kita rasa kita dah yakin tapi sebenarnya belum 100% lagi ...ada beza dengan yakin dan percaya.

Kita pergi sarkas, tengok seorang ahli sarkas baling pisau kepada epal diatas kepala seorang pembantunya, kita percaya memang hebat orang yang baling tu.

Bila ahli sarkas panggil kita dan suruh letak epal atas kepala kita sebab dia nak baling, kita akan mula rasa ragu-ragu. Keyakinan mula hilang sebab takut. Begitulah lemahnya iman kita sebenarnya.

Macamana sebenarnya nak bina keyakinan yang tiada hadnya kepada Allah s.w.t?

Dengan berkata La ilaha illallah adalah satu cara untuk meningkatkan yakin dan semangat. Apabila kita dapat betulkan yakin saja maka Allah s.w.t akan kurnia syurga yang besarnya berkali ganda luas langit dan bumi. Segala yakin kepada benda dikeluarkan dan masukan yakin hanya kepada Allah s.w.t, bahawa benda-benda berada tersebut berada dibawah pengawasanya.

Cara memasukan yakin dalam hati :



  1. Dakwah kan keyakinan berkenaan kebesaran Allah, Allah Maha Pencipta, memhami Qudratnya,  mendengar kisah-kisah para-para Nabi dan para sahabat.
  2. Duduk bersunyi diri sambil bertafakur. Memasukan yakin dalam hati dapat dikumpulkan semuanya dalam dakwah.
  3. Menangis dalam berdoa, "Ya Allah, kurnialah hakikat yakin kedalam hati ku"
Semoga kita dikurniakan keyakinan yang hakiki Allah dalam menjalankan hidup sebagai hambanya.

Allahuallam ....



No comments:

Post a Comment