Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Sunday 28 April 2013

UNDI PAS HARAM? UNDI UMNO HARAM?



Undi Pas Haram? Undi Umno Haram?

Kempen pilihanraya semakin hangat.  Kepala pening untuk menilai siapa yang akan dipilih. Siapa calon yang menjadi pilihan. Ada yang memang kepala keras parti kerajaan dan ada juga kepala keras parti pembangkang.

Masing-masing mempertahankan perjuangan masing-masing. Sesuatu yang patut dihindari sekarang adalah peperangan antara dua parti Islam terbesar.

Parti Umno dan Parti Pas. Peperangan yang patut dielakan.  Persoalan timbul, kenapa perbalahan ini terus berlaku tanpa ada sedikit pun usaha kearah pendamaian? Mengapa sesama Islam berbalah.? 

Umpama hati telah parah tiada lagi maaf dan belah ehsan pada mu!


Pas yang mendakwa mereka adalah parti yang memperjuangkan Islam semakin bercelaru. Dasar parti telah berubah. Dulu memang dikenali parti yang sangat aggresif dalam membendung berlakunya kegiatan-kegiatan yang dianggap tidak bermoral serta menyalahi Islam.

Perkataan haram! Haram! menjadi perkataan yang wajib bagi PAS apabila melihat berlakunya kemungkaran. Terdiri dari ramai golongan ulamak yang berwibawa yang membuatkan ianya sebuah parti yang amat digeruni. Ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu menyokong PAS.

Parti Umno telah dikafirkan oleh ulamak-ulamak PAS kerana didakwa menolak Islam, berkawan dengan orang kafir serta menyokong maksiat.  PRU silih berganti, PAS masih belum dapat menjadi kerajaan, belum dipilih oleh Allah untuk meneraju kerajaan.

Bagi orang Islam apabila berlaku perkara yang tidak diingini atau apa yang dipinta kepada Allah masih belum diperolehi, umat Islam disuruh bersabar, ianya mungkin dugaan Allah, mungkin Allah masih belum beri kepada kita kerana masih banyak kesalahan yang kita lakukan.  Allah menyuruh kita bermuhasabah diri, tgk pada diri sendiri bukan menyalahkan orang lain.

Sekarang PAS telah bergabung membentuk pakatan rakyat bersama PKR dan DAP. Apabila ditanya kenapa bergabung dengan orang kafir, akan munculah hujah – hujah dari pihak PAS yang menghallalkan cara mereka. Mereka kata ini adalah maslahah. Hanya berpakat untuk menumbangkan UMNO.

Berpakat dengan DAP kafir laknatullah untuk menyumbangkan parti yang telah memperjuangkan Islam secara aggresif dan telah menjadikan Malaysia sebuah Negara contoh dalam pentadbiran secara Islam.

Hati kecil ku menangis apabila mengenagkan perkara ini. Islam lawan islam. Walau apa pun aku redha, ini adalah ketentuan Ilahi. Allah telah menjanjikan kebangkitan kembali Islam di akhir zaman. Ianya akan berlaku apabila umat Islam bersatu.  Semua yang berlaku telah tertulis, nabi kita telah bersabda bahawa di akhir zaman dari 73 puak Islam hanya satu puak sahaja yang akan masuk syurga, manakala 72 puak lagi akan ke neraka nauzubillah.

Isu –isu mengkafirkan parti umno telah lama timbul, ianya di keluarkan oleh seorang tok guru PAS. Dengan alasan telah menolak Islam.  Umno tidak pernah mendakwa menolak Islam, tetapi PAS telah terang – terangan menolak Islam dengan menukar dasar- dasar menjadi sebuah parti yang memperjuangkan kebajikan.

PAS tidak lagi yakin untuk memperjuangkan Islam, tidak lagi yakin dengan janji Allah bahawa sesiapa yang berjuang untuk Allah akan memperolehi kejayaan.
PAS berkata masih memperjuangkan Islam secara khususnya walaupun dasarnya sudah berubah.

Bukan kah ini telah dilakukan oleh UMNO sekian lama dulu?

Sekarang pikirkan lah, mengundi UMNO ke haram atau undi PAS yang haram????

No comments:

Post a Comment