Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Sunday 7 July 2013

Dah Nak Posa, Jom Kita Ingat Balik Amalan Di Bulan Ramadhan

Kelebihan Amalan Di Bulan Ramadhan

sumber dari : http://doadanselawat.blogspot.com/

Bulan Ramadan mempunyai banyak kelebihan yang jika dihitung, maka ia akan menjadi senarai yang amat panjang. Antaranya adalah setiap amalan soleh dalam bulan ini digandakan pahalanya berlipat kali ganda. Bulan ini juga merupakan bulan di mana para Syaitan diikat oleh Allah s.w.t, pintu-pintu Syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup. Bulan ini juga merupakan bulan latihan untuk bersabar dan mengingatkan kita akan kesusahan mereka yang kekurangan makan dan minum. Ia juga bulan Al-Quran dimana Al-Quran diturunkan dalamnya, dan mempunyai satu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Amat rugilah mereka yang tidak mengambil manfaat dari bulan ini.
Semoga Mendapat Pahala Yang Banyak Di bulan Ramadhan
Selamat Berpuasa

Apakah cara terbaik untuk saya menghayati bulan Ramadan dan menambah amalan di dalamnya?

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al- Baqarah ayat 185 yang bermaksud: “Bulan Ramadan diturunkan padanya Al Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil).”
Sesuai dengan bulan Al-Qur’an ini, maka penghayatannya melibatkan tiga cara:

  1.  Berusaha membanyakkan amal baik dengan tujuan mengukuhkan keimanan dan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
  2. Mempertingkatkan ilmu, melalui pembacaan dan pengkajian Al-Quran, serta mempelajari sejarah Baginda Rasulullah S.A.W.
  3.  Menghayati nilai murni yang ditunjukkan dalam Al-Qur’an, terutama dari sudut akhlak. Tingkah laku kita sebagai orang yang beriman harus mencerminkan akhlah mulia yang diajar dalam kitab tersebut. 
Penghayatan bulan Ramadan danAl-Qur’an tidak terbatas dalam lingkungan solat dan puasa secara ritual sahaja. Malah, lebih dari itu, kita mesti menghayatinya dalam setiap aspek kehidupan seharian kita dan melahirkannya dalam tingkah laku, pertuturan dan gerak hati .

Semoga puasa dan segala ibadat kita di bulan Ramadhan ini di terima oleh Allah S.W.T



No comments:

Post a Comment