Ya kalau korang rasa duduk dalam golongan ni. Cepat cepat lah bertaubat. Ianya disebut :
ISTIDRAJ
Memang bahaya kalau dah tergolong golongan yang di istidraj oleh Allah.
Buat maksiat, buat dosa, tak tutup aurat tapi bercakap pasal kebesaran Allah, syukur pada Allah dan Allah ingat sayang kan mereka kerana rezeki mereka murah.
Tapi sebenarnya Allah nak bagi mereka sesat lagi, bertambah dosa lagi sampai mereka lupa dan akhirnya AllaH tarik nikmat secara mengejut.
Memang tak sempat nak buat apa lah. Mintak jauh Ya Allah.
Hamba mu ini kadang alpa dan lupa juga Ya Allah.
Kalau korang rasa cam tu cepat muhasabah diri balik. Yang penting Allah Maha Penyayang dan Maha Pengampun.