Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Wednesday 28 November 2012

BOLEH BUAT MAKSIAT TAKDE MASALAH




Ya betul korang boleh buat maksiat, buka aurat , apa saja dosa  yang korang terpikir. Boleh takde masalah.

Tapi ada syaratnya.

Kisah ini berlaku apabila seorang hamba Allah datang untuk meminta nasihat dari seorang ulamak tasawuf Ibrahim bin Adham.

Kata Ibrahim bin Adham kepada Jahdah bin Rabiah :

"Kamu boleh buat maksiat kalau boleh penuhi 5 syarat"

Iaitu :


  1. Kau boleh melakukan maksiat tetapi janganlah kau memakan rezeki Allah
  2. Kau boleh melakukan maksiat tetapi janganlah kau tinggaldi bumi Allah
  3. Kau boleh melakukan maksiat tetapi carilah tempat yang Allah tak nampak
  4. Kau boleh melakukan maksiat tetapi semasa malaikat maut hendak cabut nyawa cakap kepadanya kau belum hendak mati, nak taubat dulu
  5. Kau boleh melakukan maksiat tetapi semasa Malaikat Zabaniyah mengiringi kau ke neraka, kau hedaklah lari darinya dan jangan ikutnya.
Kalau korang boleh memenuhi syarat katas, dipersilakan buat dosa dan maksita takde masalah.

Korang pikir2 kan lah ye, kita duduk di bumi Allah, makan rezeki Allah, kata sayang Allah, sayang Rasul tapi masih buat dosa, masih tak tutup aurat.

Sama2 lah kita bermuhasabah diri dan bertaubat padanya.

Allahuallam

No comments:

Post a Comment