Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Thursday 8 November 2012

Bila Betul Cara Mintaknya Barulah Makbul!!



Masalah yang datang kadang-kadang adalah ujian. Kadang-kadang juga adalah musibah atau bala. Itulah lumrah manusia apabila dalam kesusahan baru lah kembali kepada yang Esa.

Nasib Allah tu Maha Penyanyang dan Maha Pengampun. Kalau tak masaklah kita. Pernah tak korang terpikir kenapa doa kita tak dimakbulkan. Tiap - tiap malam berdoa. Lepas sembahyang doa,  tapi penyelesian tak kunjung tiba. 

Ada sebabnya. Allah akan makbulkan doa kita dengan 3 cara sahaja.

  1. Dia akan makbulkan serta merta
  2. Dia tangguhkan untuk hari akhirat.
  3. Dia ganti dengan yang lebih baik
Allahu Akbar, Yang Maha pemurah.  Jadi macamana nak suruh doa kita dimakbulkan.

Bagi korang yang mengalami kesulitan dan mencari jalan keluar tak kiralah masalah hutang, perniagaan, sakit dan macam lagi lah. Ada caranya :




Apa yang korang kena buat adalah :

  1. Muhasabah diri dulu. Kenapa masalah menimpa korang. Kenapa bisnes korang gagal. Kenapa penyakit hinggap kat korang. Nak lagi efektif buat di tengah malam. Suci dari hadas besar dan kecil. Renungkan segala maksiat  yang korang buat sehingga menyebabkan rahmat Allah seperti menghilang dari hidup korang.
  2. Bila muhasabah diri korang rasa ada yang salam, pohon ampun daripada Yang Esa. Bertaubat lah sebenar taubat. Pada fasa ini mungkin apa yang terjadi adalah azab dari Allah.
  3. Kalau masih belum kesalahan yang kita lakukan. Hendaklah bersabar. Mungkin ini adalah ujian untuk meningkatkan lagi tingkatan iman korang.
  4. Selepas itu kita cari bantuan Allah dengan mencari orang-orang yang lebih susah dari korang. Bantu dari segi derma, tenaga atau apa saja yang korang termampu.
  5. Akhir sekali baru lah korang mencari ikhtiar ada penyelesaian masalah korang.
Kita telah melibatkan Allah dari awal lagi, bukan pada akhirnya.

Cth jika anda sakit :

Sebelum cari doktor, ambik wudhu, solat dan berdoa. Kemudian cari orang lebih susah dari kita untuk dibantu. Lastl sekali bari cari doktor. Akhirnya bertawakalah kembali.


Insyaallah dengan cara ini korang akan mendapat pertolongan dari Allah. Segala permasalahan hidup akan selesai.

Yang paling penting libatkan Allah dalam segala hal korang.

Semoga kita semua mendapat manafaat dan rahmat dari Allah.

Amin.


No comments:

Post a Comment