Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Tuesday 28 May 2013

Jika Anda Nak Rezeki Murah, Ada 2 Syarat!!!

"Maka orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh, bagi mereka keampunan dan rezeki yang mulia" (QS Al-Hajj [22]:50)

Begitulah firman Allah Taala yang menjadi pemilik kekayaan langit dan bumi. Kalau nak minta kepada Allah, kita hendaklah mentaati segala perintahnya. Berdasarkan kepada ayat diatas syarat memperolehi rezeki yang mulia adalah :

1) Beriman
2) Beramal soleh.

Orang yang beriman tidak akan memperolehi rezeki jika dia tidak beramal soleh. Sebaliknya, orang soleh tidak memperolehi rezeki yang mulia jika tidak beriman. Rezeki yang mulia adalah rezeki yang membawa keberkatan. Rezeki yang membawa berkat akan membuatkan manusia akan berasa cukup.


Monday 27 May 2013

Doa Kamu Tidak DiMakbulkan Allah S.W.T Kerana Hati Kamu Telah Mati ...

http://airbarakah.blogspot.com

Doa Kamu Tidak DiMakbulkan Allah S.W.T Kerana Hati Kamu Telah Mati disebabkan oleh 10 perkara. Ramai yang mengeluh tentang rezeki, berdoa tapi masih belum dikabulkan. Ramai juga yang menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Padahal apa yang berlaku kepada kita adalah disebabkan oleh tindakan kita sendiri.

Doa tidak makbul bukan kerana orang lain, tapi kerana hati kita sendiri yang telah kotor dan mati disebabkan oleh 10 perkara berikut :

Wednesday 22 May 2013

Buat Taklim Di rumah Untuk Tarbiah Anak-Anak.

Kita hendaklah buat taklim dirumah dimana kita belajar dan mengajar. Antaranya kita boleh baca satu hadith selepas solat berjemaah, seperti selepasa solat maghrib sementara menunggu solat isyak. Pada taklim dirumah, kita juga boleh bermuzakarah serta bersoal jawab hal-hal agama dengan ahli keluarga kita.

Untuk mendapat kesan dan manafaat yang berterusan dari aktiviti taklim ini, kita hendaklah melakukan secara istiqamah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan. Kita boleh tetapkan selama 15 minit setiap taklim bersama suami atau isteri dan anak-anak supaya ianya akan memberi kesan kepada kita serta keluarga.

Majlis taklim ini hendaklah dijadikan amalan berterusan seperti jadual makan kita setiap hari. Jangan ambil ringan akan majlis taklim. Ini kerana dengan adanya majlis taklim ini akan melembutkan hati kita sekeluarga lebih-lebih lagi anak-anak kita yang sedang meningkat dewasa dengan cabaran yang semakin hebat pada zaman sekarang.

Iannya akan menjadikan ilmu agama akan lebih mudah meresap dalam hati kita sekeluaga. Syaratnya kena istiqamah. Banyak kelebihan yang akan kita perolehi seperti :




Tuesday 14 May 2013

Jilat Nanah Suami Pun Belum Dianggap Penuhi Kewajipan Terhadap Suami ...

Tanggungjawab seorang isteri terhadap suami memang berat, tapi pahala nya besar.

Al-Hakim menceritakan bahawa seorang perempuan berkata kepada Nabi S.A.W, "Sesungguhnya putera bapa saudaraku melamarku, oleh itu berilah peringatan kepadaku tentang kewajipan seorang isteri terhadap suaminya, kalau kebajikan itu sesuatu yang mampu aku jalankan, maka aku bersedia dikahwinkan".

Maka sabda Rasululullah S.A.W:

Monday 13 May 2013

Macamana Nak Bentuk Keyakinan Dengan Allah?

Nak yakin betul memang susah. Kita rasa kita dah yakin tapi sebenarnya belum 100% lagi ...ada beza dengan yakin dan percaya.

Kita pergi sarkas, tengok seorang ahli sarkas baling pisau kepada epal diatas kepala seorang pembantunya, kita percaya memang hebat orang yang baling tu.

Bila ahli sarkas panggil kita dan suruh letak epal atas kepala kita sebab dia nak baling, kita akan mula rasa ragu-ragu. Keyakinan mula hilang sebab takut. Begitulah lemahnya iman kita sebenarnya.

Macamana sebenarnya nak bina keyakinan yang tiada hadnya kepada Allah s.w.t?

Dengan berkata La ilaha illallah adalah satu cara untuk meningkatkan yakin dan semangat. Apabila kita dapat betulkan yakin saja maka Allah s.w.t akan kurnia syurga yang besarnya berkali ganda luas langit dan bumi. Segala yakin kepada benda dikeluarkan dan masukan yakin hanya kepada Allah s.w.t, bahawa benda-benda berada tersebut berada dibawah pengawasanya.

Cara memasukan yakin dalam hati :


Sunday 12 May 2013

Orang Perempuan Lah Yang Mula-Mula Syahid Kerana Allah...

Selain orang perempuan mati syahid kerana Allah, orang perempuan jugalah yang telah korbankan keseluruhan hartanya kerana Allah. Siapa lagi kalau bukan Siti Khadijah r.a. Seorang hartawan yang sabda Nabi :

"suatu ketika seluruh dunia kufur dan orang yang pertama memeluk Islam adalah Siti Khadijah r.a. Semua orang tidak menerima dakwah saya tetapi Siti Khadijah r.a terima dakwah saya".

Jibril a.s turun dan beritahu pada Nabi s.a.w, "berilah khabar gembira pada Siti Khadijah r.a didalam syurga Allah telah sediakan satu istana yang begitu mahal sekali.

Hebatnya orang perempuan ....


Thursday 2 May 2013

Siapa Kata Tak Nak Islam?? Memang Murtad lah jadinya!!

Dalam kancah politik negara kita Malaysia, ada dua parti yang sekarang terlalu dasyat kempen politik nya. UMNO dan PAS. UMNO dikatakan adalah parti sekular manakala PAS adalah dikatakan parti yang memperjuangkan Islam.

UMNO dikatakan parti sekular dan memperjuangkan nasionalisme sehingga ke hari ini masih unggul mempertahankan kedaulatan Islam baik dari segi infrastruktur dan pengembangan Islam. Dakwah- dakwah kepada gologangan Islam dan bukan Islam sangat aktif dijalankan dalam memegang amanah Rasulullah S.A.W supaya kita umat Islam tidak lupa asal tujuan matlamat kita dijadikan.

Parti PAS merupakan parti yang sejak dahulu dikenali sebagai parti yang memperjuangkan Islam sering  dengan nama parti itu sendiri iaitu parti islam semalaysia. Setelah pergabungan dibawah pakatan rakyat, perjuangan parti berubah dari perjuangan Islam kepada perjuangan untuk kebajikan.

Segala tohmahan -tohmahan yang di lemparkan