Submit ExpressSearch Engine Marketing Services

Berita Panas

Sunday 28 April 2013

Dun Wakaf Mempelam Mungkin Berubah?

Sudah lebih 30 tahun DUN Wakaf Mempelam diterajui oleh Abdul Wahid Endut. Ianya bermula sejak tahun 1986 apabila Datuk Mustapha Ali menang dengan majoriti tipis. Kemudian ianya diambil oleh Abdul Wahid Endut yang telah menarajui Dun Wakaf Mempelam sampai sekarang.

Pada tahun 2013, Abdul Wahid Endut bertanding lagi dan akan bertemu calon baru BN iaitu Wan Mahyudin Wan Ngah. Kalau mengikut sejarah , ia adalah merupakan pertembungan calon, iaitu calon yang disenangi rakyat.

Walaupun Wan Mahyudin Wan Ngah adalah calon baru, tetapi beliau merupakan seorang yang aktif turun padang dan berjumpa para pengundi di DUN Wakaf Mempelam. Beliau merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang tenang dan lembut dari segi percakapan.



Tidak dinafikan walaupun masih baru, tetapi beliau sudah mula menjadi perbualan orang ramai disebabkan keramahan beliau. Oleh itu beliau mungkin boleh menjadi pencabar terkuat pada Abdul Wahid Endut.

UNDI PAS HARAM? UNDI UMNO HARAM?



Undi Pas Haram? Undi Umno Haram?

Kempen pilihanraya semakin hangat.  Kepala pening untuk menilai siapa yang akan dipilih. Siapa calon yang menjadi pilihan. Ada yang memang kepala keras parti kerajaan dan ada juga kepala keras parti pembangkang.

Masing-masing mempertahankan perjuangan masing-masing. Sesuatu yang patut dihindari sekarang adalah peperangan antara dua parti Islam terbesar.

Parti Umno dan Parti Pas. Peperangan yang patut dielakan.  Persoalan timbul, kenapa perbalahan ini terus berlaku tanpa ada sedikit pun usaha kearah pendamaian? Mengapa sesama Islam berbalah.? 

Umpama hati telah parah tiada lagi maaf dan belah ehsan pada mu!

Wednesday 17 April 2013

Allah Maha Pemberi ...

Saya terbaca kisah yang diceritakan oleh Ustaz Yusuf Mansur,

Ada seorang isteri menceritakan tentang kawan suaminya ingin meminjam sejumlah wang dari suaminya. Ketika itu kawan suaminya berada dalam kesusahan. Orang tuanya terlibat dalam musibah gempa bumi, sementara kawan suami pula terikat dengan hutang kada kredit. Melihat keadaan itu si isteri tanpa berfikir panjang terus meminjamkan wang tanpa berfikir bila wang itu akan dikembalikan. Dalam hati si suami dan isteri berkata "berhati - hati membantu kawan".

Dengan kuasa Allah keatas keikhlasan si isteri


Saturday 13 April 2013

Suruh anak hafaz al-quran, konpom tak perlu hantar tuition lagi

Memang konpom, terjadi pada anak saya sendiri, saya memang tiap-tiap malam akan suruh anak saya yang berumur 9 tahun dan 7 tahun hafaz surah.

Ianya telah bermula sejak umur 6 tahun lagi. Saya juga tak pernah melihat buku sekolah nya atau hantar anak saya tuition.

Alhamdulillah memang menakjubkan, dia hanya menyerap ilmu akademik masa dalam kelas saja. Hasilnya peperiksaan sangat cemerlang.


Thursday 11 April 2013

Anak Soleh Idaman Ibu Bapa

Semua ibu bapa inginkan anak-anak yang soleh dan solehah. Tapi tahu kah kita untuk mendapat anak yang soleh ibu bapa sebenarnya kena bekerja keras. Bukan main ajar suka-suka ajer.

Anak akan jadi soleh dan solehah apabila ibu bapa terlibat sama. Kalau nak jadi kan anak kita tahfidz, kita juga kena tunjuk contoh yang kita suka menghafaz Al-Quran.

Saya pernah pergi ke satu pondok, saya sebenarnya nak hantar saya belajar di pondok. Kata Ustaz "Dah penuh, tahun depan pun tak tahu lagi. Encik selalu datang lah sini ikut belajar seminggu sekali. Nak hantar anak belajar agama kena diiringi ibu bapa sekali."

Betul jugak kat Ustaz.